CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Friday, April 10, 2009

PeRsOnALiTi 7 WaRnA

Fakta ini memberi maklumat tentang warna dalaman anda..Namun ia bukanlah bermaksud warna itu adalah warna muktamad.Ingat tu..!Anda adalah pelangi..huiyoo...Potensi anda adalah terlalu banyak..Spektrum warna ini mempunyai keISTIMEWAan masing2 dan anda mamou terokainya jika mahu.





Memilih warna adalah sesuatu yang subjektif..urm..tiada yang betul dan tiada yang salah..setuju?....huhu...Segalanya bergantung kepada diri seseorangdalam menentukan apa yang betul dan apa yang salah mengikut cara penilaiannya. Pelbagai jawapan akan menjadi betul ataupun salah mengikut citarasa individu itu sendiri..betul3..Namun..penilaian ini dipengaruhi oleh pelbagai faktor : agama, bangsa, budaya, didikan, sekeliling, umur, dan lain2. begitulah keunikan citarasa insan yang bernama manusia.



hari ini saya akan menceritakan tentang sosial..Maksud saya berdasarkan warna anda..Ia akan membincangkan bagaimana anda bersosial dengan diri sendiri dan masyarakat. Ia adalah gambaran umum mengenai anda dengan melihat keadaan yang anda rasa selesa. Bagaimana anda berkomunikasi sama ada ketika bersama orang lain ataupun dengan diri sendiri.




personaliti M.E.R.A.H


  • suka dan pandai bersosial
  • suka berada di tempat awam atau orang ramai berkumpul
  • ada tarikan tersendiri
  • suara yang kuat dan lantang
  • pentingkan penampilan diri(sbb suka perhatian dan menjadi tumpuan)
  • seorang yang bertenaga dan berkuasa
  • aktif dan ceria
  • suka mendengar pendapat orang lain
  • peka dengan keadaan sekekliling
  • unik, kreatif dan ada kalanya agresif
  • agak sensitif dan mudah terasa hati
  • agresif dan kadang kala agak melampau
  • menyukai orang yang memahami minat dan kemahuan mereka

personaliti J.I.N.G.G.A

  • lebih gemar bersendirian
  • tidak mempedulikan tanggapan orang lain terhadap mereka
  • tidak selesa jika dikongkong
  • ingin melakukan semua perkara dengan cara mereka sendiri
  • tidak sukakan peraturan
  • suara yang kuat dan lantang
  • suka berterus terang dan tidak suka berselindung
  • kurang mementingkan komunikasi
  • mementingkan kebebasan
  • selalu sunyi kerana sikap suka bersendirian

personaliti K.U.NI.N.G

  • mengutamakan keceriaan
  • sukakan kegembiraan, keseronokan, bersikap periang, manja, mudah mesra, keanak-anakkan
  • suka mendengar dan berjenaka
  • aktif dan gemar berkomunikasi
  • bersahaja dan selamba mengeluarkan pendapat yang bernas, kreatif dan artistik
  • peka
  • cepat mempelajari ilimu sains dan teknologi
  • cekap dengan peralatan moden:komputer, laptop, teknologi...........
  • bahasa tubuh yang jelas:mimik muka dll
  • suka berterus terang
  • perlukan masa bersendirian bagi mencari jati diri
  • mampu menjadi matang dan mahir dalam komunikasi

personaliti H.I.J.A.U

  • personaliti yang seimbang, natural, harmoni, dan cintakan kedamaian
  • rapat dengan ahli keluarga, saudara-mara, teman2
  • berkomunikasi dengan hati
  • tidak suka bersendirian
  • menghayati hidup dengan sempurna dan berusaha bersunguh2 untuk memilikinya
  • suka dan pandai berbicara
  • pandangan dan pendapat mereka adalah ikhlas dari perasaan yang mereka miliki.
  • sikap keterbukaan dan berterus terang
  • bagi personaliti hijau, impian yang terlalu tinggi hanya membebankan perasaan tatkala terlalu memikirkannya
  • mensyukuri setiap anugerah yang diperoleh

personaliti B.I.R.U

  • suka menolong, mendidik, membela dan mengambil berat mengenai orang lain
  • banyak menggunakan hati dan perasaan dalam komunikasi dan perhubungan
  • disenang ramai
  • gemar meluangkan masa dengan orang ramai
  • mudah ditemui di majlis2 keramaian
  • suka aktiviti sosial
  • prihatin dan menyayangi orang2 di sekeliling mereka:keluarga dan teman2
  • apabila kenal dan sayangkan seseorang, mereka sukar melupakan orang itu
  • visi:membantu masyarakat sedaya upaya
  • mudah peka pada perasaan orang lain
  • sensitif, mudah memahami, mudah tersentuh perasaan pada isu kesedihan
  • tahu bagaimana mahu menasihati dan menenangkan orang yang dilanda masalah
  • mudah tersinggung, terasa dan terguris hati
  • mudah mengambil hati atau menyalah tafsirkan kata2 orang lain
  • mesra dengan orang yang rapat dengannya
  • tidak memilih kawan
  • tidak mahu terluka dengan kata2 dan sikap orang yang hadir dalam hidup mereka
  • agak pendiam dan memendam rasa
  • sukar berkongsi cerita peribadi kecuali dengan orang yang benar2 rapat dan setia
  • mampu memendam isu yang agak lama
  • menggunakan suara yang lembut ketika berkomunikasi
  • pandai menggunakan nada suara yang betul untuk menggambarkan perasaan mereka
  • ada kebolehan komunikasi secara personal yang hebat dan mudah menawan hati orang yag mendengarnya
  • mudah berkongsi kasih, sayang, dan mesra mereka tanpa batas
  • susah untuk berkata "TIDAK"
  • rasa taut untuk mengecewakan orang lain

personaliti I.N.D.I.G.O

  • banyak bermain dengan perasaan dalaman mereka
  • ingin dan suka mencari kebenaran yang hakiki
  • tidak suka diberitahu atau diarah
  • lebih percayakan kepada perasaan dalaman daripada apa yang diberitahu kepada mereka
  • tidak suka terlibat dalam aktiviti masyarakat
  • tidak suka mengikut peraturan yang ditetapkan
  • mementingkan aspek kerohanian
  • berfikir lebih jauh mendalam daripada orang lain
  • menilai pada isu yang asas dan lebih mendalam
  • tidak suka pada agenda politik atau perkara yang mempunyai muslihat tertentu
  • seorang yang pemalu
  • lebih gemar bersendirian
  • mempunyai sistem kepercayaan sendiri
  • tidak suka bersosial
  • mereka masih sensitif pada perasaan orang lain

personaliti V.I.O.L.E.T

  • personaliti yang dinamik, berkarisma, bervisi dan mempunyai perwatakan yang mantap
  • mampu mengubah diri dan orang lain
  • memiliki kegagahan semangat dan daya untuk berhubung yang baik
  • tidak begitu suka aktiviti sosial
  • mudah terasa hati dan suka mengambil perkara terlalu serius
  • tidak suka aktiviti yang tidak bermakna dan kosong sahaja
  • berkomunikasi dengan sopan dan lembut
  • berkomunikasi menggunakan perasaan dalaman dan daya imaginasi yang tinggi
  • banyak menggunakan naluri dalam berinteraksi
  • suka tenggelam dalam dunia mereka sendiri
  • sukakan perubahan
  • suka menyumbang kepada masyarakat
  • begitu menghayati muzik
  • suka memerintah kerana rasa berkuasa
  • suka mengekalkan jarak dengan masyarakat

setakat ini dulu entry buat kali ini...pada entry yang seterusnya..saya akan membongkar aura personaliti warna dalam aspek perhubungan..huhu

2 comments:

NuR aDiLaH ZaiNaL said...

huhu...bakpe cm terkena jerk warna 2 ngan ak..lalala

farih said...

huhu..entah la..mayb kajian ni ok kot..so, sme n terkena la kt ko..huhu