CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS �

Thursday, April 23, 2009

assalamualaikum semua...sori dah lama tak update blog..kekangan exam yang melanda diri..huhu





ok2..ari nih kita akan membicarakan tentang kewangan dan kerjaya seseorang melalui 7 warna personaliti: merah, jingga, kuning, hijau, biru, indigo dan violet.





PERSONALITI MERAH






  • salah satu yang memotivasikan personaliti merah untuk berjaya adalah wang




  • biasanya mempunyai perniagaan sendiri atau bekerja dengan orang lain sebagai pemimpin




  • suka pada kebebasan




  • tidak suka dikongkong




  • tidak suka diberitahu apa yang perlu dibuat, apa yang boleh dibuat dan apa yang sepatutnya



  • sering bertindak sendirian dan tidak bergantung kpada orang lain



  • mempunyai semangat yang tinggi bagi mencapai apa yang mereka impikan



  • sanggup ambil risiko untuk berjaya



  • seorang yang kompetitif dan bermotivasi tinggi



  • suka persaingan



  • sering menonjol dan dipilih menjadi pemimpin



  • jarang menggunakan strategi, lebih gunakan semangat untuk maju



  • memimpin dengan kuasa dan daya galakan



  • lebih cenderung ke arah praktikal



  • tidak suka sekadar berbincang secara teori



  • mampu menyelesaikan masalah jika mereka aktif dan berfikiran positif dan melibatkan diri secara fizikal dalam selesaikan masalah



  • agak pendesak kerana sering tak sabar untuk selesaikan masalah



  • mudah hilang sabar dengan orang lain jika tidak mengikut apa yang mereka ingini



  • degil..sukar ubah keputusan yang sudah dibuat



  • tidak suka tunduk kepada keputusan orang lain



  • memiliki semangat dan stamina yang tinggi..



  • mampu membawa idea itu mnejadi realiti



  • kerjaya yang sesuai : bidang perniagaan, sukan, jurujual, industri makanan, perkilangan, kontraktor, ahli profesional, artis, model, atlit












PERSONALITI JINGGA







  • seorang yang berdikari



  • mereka lebih komited pada pekerjaan mereka bagi satu tempoh yang panjang



  • tidak ada masalah dengan kewangan



  • gaya hidup yang ringkas dan sederhana walaupun memiliki wang yang banyak



  • mampu menjana kewangan dari pelbagai sumber yang lain kerana mereka mempunyai keupayaan berfikir dengan kreatif



  • tidak mempunyai permintaan yang tinggi



  • tidak mengejar kemewahan



  • sanggup abiskan duit semata2 ingin memenuhi hobi mereka



  • mampu menjadi pemimpin yang kreatif



  • tidaklah memasang impian untuk menjadi pemimpin



  • memimpin melalui fizikal dan semangat



  • dianggap sebagai penyelesai masalah yang kreatif



  • seorang yang kuat bekerja



  • kerjaya yang sesuai : ahli perniagaan, pereka, arkitek, penyiasat, kontraktor, pemaju, ahli sukan lasak, pelumba, pilot, pengarah filem, chef, artis




















PERSONALITI KUNING







  • tidak mempunyai terlalu banyak masalah dengan kewangan



  • mampu menjana pendapatan yang mudah melalui idea mereka yang kreatif serta bersedia bekerja kuat bagi memperolehinya



  • bijak merancang



  • mampu menggunakan kemahiran



  • mempunyai kelemahan



  • sesuai melakukan sesuatu tugasan yang baru kerana kreatif aktif dan ceria secara semula jadi


  • kreatif dalam mencari penyelesaian secara mudah dan unik untuk selesaikan masalah


  • memimpin dengan kata2 semangat kepada teman atau orang bawahan seta amalkan kepimpinan melalui teladan


  • kerjaya yang sesuai : atlit, penghibur, chef, mekanik, ahli psikologi, pengamal perubatan, pemandu pelancong, pramugara/ri, ahli perniagaan











PERSONALITI HIJAU









  • ingin memiliki duit yang banyak dan hidup dalam kesenangan


  • kurang komited terhadap tugas

  • jarang mahu berfikir lebih tekun dan kreatif untuk mencari duit lebih

  • cepat selesa dengan cara konvensional

  • lebih gemar berharap kepada orang lain bagi menampung mereka dan memikirkan kaedahnya

  • tak suka kesusahan

  • tidak suka terlibat dalam kesusahan

  • mempunyai kekuatan untuk selesaikan masalah

  • dapat berfikir secara sistematik dan menyusun strategi

  • tahu dimana dan bila untuk menggunakan idea mereka

  • tahu membezakan kawan mana yang sesuai membantu mereka menyelesaikan sesuatu perkara dan yang mana tidak

  • ada gerak hati yang dapat membantu mereka

  • kerjaya yang sesuai: kaunselor, pensyarah, pendidik, guru, peladang, pekebun, doktor, penternak, peniaga hasil pertanian




PERSONALITI BIRU



  • tidak menunjukkan pada wang yang banyak

  • suka ambil pendekatan yang selamat dan takut ambil risiko

  • ambil masa untuk membuat keputusan

  • mahu sesuatu keputusan yang diambilnya menggembirakan semua orang

  • pendengar yang baik

  • mudah faham masalah orang lain

  • tahu apa yang hendak dilakukan

  • takut membuat perubahan

  • selesa dengan keadaan sedia ada

  • mempunyai cita2 tinggi

  • memberi galakan kepda ahli pasukan dalam peroleh keputusan yang diingini

  • kerjaya yang sesuai : guru, juruterapi, bidang perubatan, jururawat, ahli psikologi, penulis, penasihat, penyelia, pengurusan, setiausaha, sukarelawan, pegawai kebajikan




PERSONALITI INDIGO




  • prihatin dan memahami konsep kewangan

  • bijak dalam menguruskan kerjaya dan wang

  • di kalangan orang jujur

  • lebih suka sesuatu yang bersifat mulia dan kebenaran

  • mampu menjadi pemimpin yang baik

  • memimpin dengan semangat yang datang dari naluri dalaman

  • seorang yang berdikari dan kreatif

  • mempunyai sifat integriti yang tinggi

  • jujur dan ikhlas semasa melakukan kerja

  • rakan sekerja yang baik

  • mempunyai cara yang unik untuk selesaikan masalah

  • mempunyai personaliti yang sensitif

  • memerlukan suasana kerja yang harmoni

  • sukakan kerjaya yang membantu orang lain

  • kerjaya yang sesuai : ahli perubatan kerohanian, guru, ahli muzik, penulis, pereka, pengarah, badan amal, sumber manusia, ahli psikologi dan jururawat.



PERSONALITI VIOLET




  • menggunakan wang dengan sekadarnya dan berhati2

  • sanggup berbelanja untuk mencapai visi mereka

  • seorang yang berwawasan

  • mampu berfikir dan mencari penyelesaian bagi suatu masalah

  • ketua yang ideal

  • seorang yang dnamik

  • sukakan pekerjaan yang melibatkan komunikasi dan hiburan

  • kerjaya yang sesuai: ahli muzik, pelakon, pensyarah, pengkarya, pengurus projek, ahli perniagaan






daa~





0 comments: